
Ibnu Sina @ Avicenna
Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Ketika berumur 16 tahun,Ibnu Sina dikatakan telahpun mahir dalam ilmu perubatan dan mula menjadi masyhur selepas ramai pesakit dirawat olehnya.Lebih menakjubkan,beliau dikatakan mempelajari ilmu perubatan melalui pembacaan dan kajian sendiri tanpa bimbingan mana2 guru atau doktor.Ibnu Sina bukan sahaja masyhur di kalangan pesakit2,malah juga menjadi rujukan para doktor ternama ketika itu.Beliau telah digelar "doctor of doctors" di kalangan masyarakat barat.Tidak hairanlah mengapa Ibnu Sina juga digelar BAPA PERUBATAN MODEN.
Selain terlibat dalam bidang perubatan,beliau juga aktif di dalam bidang politik.Beliau pernah dilantik menjadi menteri oleh Amir wilayah Hamdan,Syamsud Daulah.Beliau juga melibatkan diri dalam urusan politik di wilayah Isfahan sebelum menghembuskan nafas terakhir di wilayah tersebut pada tahun 428H (1037M).

Al-Qanun Fit-Tib
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, Ibnu Sina mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian beliau melanjutkan menulis buku-buku dan risalah-risalah kecil yang lain.Di antara semua buku yang dihasilkan,Al-Qanun Fit-Tib adalah ensiklopedia perubatannya yang paling terkenal dan masih menjadi rujukan hingga kini.Kitab ini terkenal dengan penyusunannya yang elok dan kemas di samping mencakupi semua perkara berkaitan perubatan yang perlu diketahui oleh doktor.
Pada abad ke 12M,buku Al-Qanun Fittib telah diterjemahkan buat pertama kalinya ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona semasa beliau berada di Toledo.Buku ini kemudiannya menjadi rujukan utama di universiti-universiti di eropah hingga 1500M.Universiti pertama yang mengiktiraf kitab Al-Qanun Fittib sebagai rujukan rasmi dalam pengajian perubatan adalah Universiti Bologna pada kurun ke-13.Semenjak itu kitab ini mula mendapat tempat di universiti-universiti eropah yang lain sehingga kurun ke-15.
Didalam Kitab Al-Qanun Fit-Tib ini,Ibnu Sina telah menghuraikan segala penemuan-penemuan baru hasil pengkajian beliau sendiri.Ibnu Sina memuatkan berbagai teori merangkumi berbagai jenis penyakit yang dikenalpasti,simptom2, dan sebab2nya.Beliau juga menamakan berbagai jenis herba yang mujarab sebagai ramuan remedi disamping membincangkan berbagai kaedah perubatan seperti berbekam,pendarahan,pemuntahan,penuaman dan sebagainya.Ibnu Sina juga menerangkan proses perawatan bagi penyakit cirit-birit,bengkak,darah beku dan gejala penyumbatan.
1 comments:
buku nya beli dimana ya.??
Post a Comment