.: Our VVIP :.

Tuesday, March 23, 2010

Karnival Ekonomi Muslim!!

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan kepada semua blogger dan para pelawat sekalian,buat julung kalinya Ibnu Sina Altenative Therapy Centre akan menganjurkan "KARNIVAL EKONOMI MUSLIM".Butir-butir maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 Mac 2010
Masa : 10 pagi - 12 malam
Tempat : Perkarangan Ibnu Sina Alternative Therapy Centre

Antara aktiviti yang menarik:

-Pameran dan jualan
-Promosi produk-produk Muslim
-Ceramah Halal&Haram
-Konsert Nasyid

Penampilan Istimewa:

-perasmian oleh YB Dato' Seri Ir Haji Mohd Nizar bin Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang)
-Konsert bersama kumpulan Hijau & Nusantara

Justeru,kami sangat berbesar hati menjemput anda semua bagi memeriahkan karnival ini.Sebarang pertanyaan sila hubungi 014-2572164 / 05-8553295 atau emailkan kpd ibnu.sina131@yahoo.com.Jumpa disana!! :)

Thursday, March 11, 2010

KUACI popular guna sijil Halal PALSU?




KAJANG 10 Mac - Kuaci jenama ini memang diiktiraf sebagai pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Meskipun makanan ini diimport dari China tetapi pembeli beragama Islam tidak berasa was-was untuk menikmatinya kerana ia mempunyai logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada bungkusannya.

Namun, alangkah mengejutkan kerana setelah 10 tahun berada di pasaran, produk makanan itu didapati menggunakan logo halal Jakim palsu.

Penipuan syarikat itu terbongkar selepas lapan pegawai penguatkuasa dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Jakim memeriksa gudang syarikat pengedar kuaci terbabit di Taman Perindustrian Balakong Jaya 2 di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, tindakan pemalsuan atau penggunaan sijil tanpa kebenaran adalah tidak adil kepada pihak industri yang mematuhi syarat memperolehi sijil halal berkenaan.

"Jakim tidak mengatakan bahawa kuaci terbabit haram dimakan tetapi apa yang menjadi persoalan adalah penggunaan logo halal tanpa sijil pada produk itu," katanya ketika ditemui selepas pemeriksaan itu hari ini.

Sehubungan itu, katanya, syarikat terbabit diarahkan membuat permohonan kepada Jakim untuk mendapatkan sijil halal yang sah jika mahu menjual produk tersebut.

Terdahulu, lawatan mengejut pegawai kementerian dan Jakim menyebabkan berlaku kekecohan apabila pihak pengurusan syarikat enggan bekerjasama sebaliknya bertindak mempertikaikan kuasa dan tindakan mereka memeriksa syarikat tersebut.

Lebih mengejutkan, pihak pengurusan syarikat bertindak mengunci pintu pagar dan bangunan kilang menyebabkan pegawai kementerian dan Jakim terkurung dalam pejabat syarikat itu selama lebih 30 minit.

Situasi mencemaskan itu memaksa sepasukan polis dari Balai Polis Taming Jaya bergegas ke kilang itu untuk meredakan ketegangan dan memujuk pengurus syarikat supaya memberi kerjasama.

Selepas diasak pelbagai soalan, lelaki itu akhirnya mendakwa mempunyai sijil halal daripada sebuah syarikat perunding swasta yang menawarkan perkhidmatan memperolehi sijil halal daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Bagaimanapun, siasatan mendapati sijil halal ditunjukkan itu tidak pernah diiktirafkan oleh JAIP termasuk Jakim berdasarkan maklumat meragukan dan status individu yang menurunkan tandatangan pada sijil berkenaan.

Dalam pemeriksaan itu, 710 kotak berisi lebih 100,000 bungkus kuaci bernilai hampir RM100,000 dirampas untuk siasatan lanjut.


sumber
: Berita Harian

"Mencari yang halal itu fardhu"

Gunakan
PRODUK MUSLIM




Related Posts with Thumbnails