.: Our VVIP :.

Monday, February 8, 2010

Rawatan Akupunktur


Akupunktur adalah satu kaedah rawatan tradisional purba yang masih popular pada masa kini. Bagi negara barat khususnya telah menyedari kepentingan kaedah rawatan ini sebagai satu alternatif baru dalam dunia perubatan moden dan telah menyesuaikan dengan perkembangan semasa. Rawatan Akupunktur telah lama dipraktikkan sejak 5000 tahun dahulu dan merupakan tradisi ubatan China. Secara umumnya, Akupunktur merupakan kaedah mencucukkan jarum yang kecil di atas permukaan tubuh untuk mempengaruhi fungsi phisiologikal dan psikologikal seseorang pesakit.

Penemuan pertama Akupunktur dijumpai 4,700 tahun dahulu. Ia merupakan buku teks perubatan tertua di dunia yang pernah ditulis. Ia ditulis oleh Shen Nung yang merupakan Bapa Perubatan China. Antara teori yang dikemukakan adalah tentang peredaran darah, nadi dan jantung sejak 4,000 tahun dahulu sebelum zaman kemunculan perubatan Eropah. Asas kepada Akupunktur menurut Shen Nung adalah aliran tenaga yang mengalir dalam tubuh badan. Aliran tenaga ini dikenali sebagai Qi ( sebutan Chee). Kompenan Qi terdiri daripada segala keperluan aktiviti hidup yang mengandungi semangat, emosi, mentaliti dan aspek fizikal dalam kehidupan.

Dengan menggunakan jarum emas, perak atau platinum, ataupun dengan jarum besi tahan-karat (stainless steel ), seorang pakar Akupunktur mencucuk tempat-tempat tertentu untuk melegakan dan menyembuhkan penyakit. Ada lebih 360 titik diseluruh tubuh yang harus dicucuk untuk menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Setiap titik dinamakan mengikut nama organ di dalam tubuh seperti jantung, hati, paru-paru dan ginjal yang mempunyai kaitan dengan jenis penyakit, walaupun tempat-tempat (titik) yang dicucuk itu nampaknya seperti tiada kena mengena dengan organ tersebut.

Ahli -ahli Akupunktur banyak menggunakan jarum dalam rawatannya yang terdiri daripada sembilan jenis jarum. Biasanya hanya enam jenis yang digunakan pada hari ini. Jarum ini berbeza dari segi panjang, lebar, pipih dan ketajaman di bahagian kepala jarum. Ahli – ahli Akupuktur memasukkan jarum dengan cara yang berbeza – beza. Tusukkan jarum boleh dilakukan di mana - mana bahagian badan iaitu antara 15 hingga 90 darjah daripada permukaan kulit bergantung kepada jenis rawatan tersebut. Dalam kebanyakan kes, rasa kesensatifan dirasai oleh pesakit. Walaupun demikian, kesensitifan ini tidak begitu sakit. Keadaan ini dipanggil deqi (sebutannya dah-chee).





Di Amerika, kaedah rawatan Auriculotherapy atau Ear Acupuncture (bahagian telinga) sering kali juga digunakan. Ia berdasarkan teori bahawa bahagian telinga mempunyai banyak urat saraf dan bekalan darah yang berhubung terus kepada seluruh anggota badan. Disebabkan inilah, titik – titik Akupunktur banyak difokuskan di bahagian telinga. Kaedah rawatan Auriculottherapy ini telah berjaya merawat pesakit yang mengalami masalah kegemukan hinggalah kepada ketagihan arak dan penagihan dadah.

Faedah lain rawatan akupunktur :

  • Acupuncture Anaethesia - Menahan Kesakitan serta merta tanpa dadah

  • Merawat Urat Saraf

  • Memberi Kelegaan pada otot-otot

  • Membuang angin dalam badan

  • Mengimbangi tenaga dalam badan - balance 'qi'

  • Pada Persidangan World Health Organization - WHO on Acupuncture, Moxibustion Anesthesia yang berlangsung di Beijing, China pada June 1979 yang dihadiri oleh 12 buah wakil negara-negara Timur dan Barat telah mengambil keputusan bahawa dalam kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli akupunktur sedunia sebulat suara menerima keputusan bahawa akupunktur adalah baik untuk penyakit-penyakit :-

    Bahagian ENT : Acute Sinusitis, Acute Rhinitis, Common Cold, Tonsilitis.

    Bahagian Mata: Acute Conjunctivitis, Central Retinitis, Myopia, Cataract

    Bahagian Mulut : Toothache, gingivitis, acute & chronic pharyngitis

    Bahagian Pernafasan: Acute Bronchitis, Broncho Asthma [ Sangat efektif pada kanak-kanak]

    Bahagian Abdomen: Spasm, Hiccough, Acute & chronic Gastritis, Gastric hyperacidity, chronic doudenal ulcer, Acute / Chronic Colic, Constipation, Diarrhoea

    Bahagian Saraf: Trigeminal Neuralgia, Facial Paralysis [Bell Palsy], paralysis following stroke, bladder dyfunction, noctural Enuresis, Intercostal Neuralgia, cervical Syndrome, Frozen Shoulder / Tennis Syndrome, Scitica, Low Back Pain, Osteoarthritis.

    Itu adalah sebahagian penyakit-penyakit yang boleh digunakan kaedah akupunktur dan amat berkesan. Selamat mencuba.


    1 comments:

    ~PakKaramu~ said...

    Salam balas kunjungan

    Post a Comment

    Related Posts with Thumbnails