.: Our VVIP :.

Friday, February 19, 2010

LOGO HALAL DISERAGAM

>Akta Perihal Dagangan 1972 dipinda Jun ini
>'Logo Halal Malaysia' diperkenal gantikan pelbagai logo keluaran syarikat swasta
>Hanya Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri diberi hak eksklusif keluarkan sijil



AKTA Perihal Dagangan 1972 (APD 72) akan dipinda Jun ini bagi mewujudkan satu badan tunggal saja dibenar mengeluarkan sijil dan logo halal dikenali sebagai 'Logo Halal Malaysia', sekali gus dijangka mengakhiri sebarang tindakan memalsukan sijil serta logo halal yang berleluasa sejak kebelakangan ini.

Dengan pindaan itu, akan memberi kuasa kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) sebagai pihak bertanggungjawab mengeluarkan sijil dan logo halal Malaysia.

Pengarah Hab Halal Jakim, Saimah Mokhtar, berkata sebelum pindaan itu dilakukan Jun ini pihaknya akan mendapat persetujuan semua negeri untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan sijil dan logo halal kerana hal berkaitan agama adalah dalam bidang kuasa Jain masing-masing.

"Kami menjangka akan mendapat persetujuan itu Mac ini dan persetujuan ini akan memberi hak eksklusif pengeluaran sijil dan logo halal kepada badan pensijilan halal tunggal. Penyeragaman itu bermakna kita akan ada satu sistem, satu standard dan satu sijil.

"Penyeragaman juga akan memperkukuhkan kuasa negeri dalam isu pensijilan dan logo halal. Yang penting, melalui penyeragaman itu nanti hanya akan ada satu sijil halal diguna pakai iaitu sijil halal Malaysia. Selepas ini diharap tidak timbul lagi isu sijil halal palsu atau meragukan hingga mengelirukan pengguna," katanya kepada Berita Harian pada pertemuan di pejabatnya di Cyberjaya.

Buat masa ini, beberapa syarikat swasta mengeluarkan sijil halal hingga statusnya diragui dan keadaan itu juga dikatakan mendorong berlakunya kegiatan mengeluar sijil dan logo halal palsu. Jika APD 72 itu dipinda, bermakna sebarang pengeluaran sijil dan logo halal hanya menjadi hak eksklusif Jakim dan Jain.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini membuat laporan polis mengenai ratusan premis makanan di negara ini menyalahgunakan sijil halal yang dibeli pada harga antara RM800 hingga RM1,000 setiap satu daripada dua syarikat dikatakan aktif mengeluarkan sijil halal palsu.

Pihak berkuasa pula kelihatan sukar membanteras kegiatan itu kerana mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 (APD 72), sesiapa saja boleh mengeluarkan sijil halal dan disebabkan itu, isu yang timbul berkaitan pensijilan halal tidak dapat diselesaikan secara berkesan.

Mengikut APD 72 Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1957, sesiapa saja boleh menggunakan perbahasaan seperti 'halal', 'ditanggung halal' atau makanan Islam, dengan syarat mereka mematuhi perkara digariskan.

Bagaimanapun, jika ada maklumat bahawa pengesahan atau pensijilan halal oleh pihak lain sebenarnya tidak halal mengikut hukum syarak, tindakan boleh diambil terhadap pihak berkenaan mengikut APD 72.

Saimah menjelaskan, dakwaan mengenai premis dikatakan menggunakan logo palsu itu perlu dipastikan terlebih dulu kerana logo dikeluarkan syarikat swasta yang mengikut peraturan ditetapkan APD 72, bukan logo palsu.

"Jadi kita perlu pastikan apakah pemalsuan logo itu ialah menggunakan logo halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim oleh mereka yang bukan pemegang sijil. Jika benar, Jakim boleh mengambil tindakan.



"Sebenarnya, kita memang ada kes syarikat menggunakan logo halal keluaran Jakim pada produk mereka tetapi tidak pernah memohon sijil halal. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengambil tindakan dan syarikat itu sudah dikompaun

"Bagi logo dikeluarkan syarikat swasta, itu di luar bidang kuasa Jakim. Bagaimanapun, aduan tetap diterima kerana pengguna mengharapkan Jakim beri perhatian, terutama hal berkaitan sumber bahan berasaskan daging di premis mendapat sijil halal pihak lain," katanya.

Beliau berkata, bagi kes premis mempamerkan sijil halal diperoleh hanya dengan membayar jumlah tertentu tetapi tidak memenuhi syarat digariskan atau tidak dilakukan pemeriksaan rapi, KPDNKK boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 15 (1) APD 72.

Katanya, pengeluaran sijil halal tanpa perlu melalui proses pemeriksaan rapi dikategorikan sebagai kesalahan pensijilan tanpa berhemah kerana tiada pengauditan dibuat dan boleh menimbulkan keraguan kepada status sebenar premis itu.

Ditanya apakah peraturan dikenakan Jakim untuk mendapatkan sijil dan logo halal terlalu ketat menyebabkan banyak pihak mengambil keputusan memohon sijil halal daripada syarikat swasta, Saimah menafikannya.

Katanya, industri di negara ini sepatutnya dibangunkan untuk memenuhi keperluan serta standard halal sebenar kerana masalah sekarang ini, pihak industri tidak mencapai piawaian ditetapkan bagi mendapatkan sijil dan logo halal Malaysia.

"Standard kita komprehensif, digubal oleh pakar syariah dengan gabungan ahli sains, pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Standard kita lengkap iaitu halalan toyyibah berasaskan syariah serta diperkukuhkan dengan aspek kualiti dan keselamatan.

"Industri perlu berusaha mencapai keperluan digariskan Jakim. Sekarang ini disebabkan tidak mampu, industri mengambil jalan pintas mohon sijil pihak lain. Akibatnya, pengguna jadi keliru dan mangsanya ialah Jakim kerana kita yang mengeluarkan sijil serta logo halal," katanya.

Oleh itu katanya, menjadi harapan Jakim supaya penyeragaman pensijilan dan logo halal dapat dilaksanakan supaya pindaan APD 72 dibuat segera bagi memastikan hanya badan tunggal dilantik KPDNKK boleh mengeluarkan sijil dan logo halal Malaysia.

Dengan wujud badan tunggal pensijilan halal itu nanti, diikuti pula dengan penggubalan Akta Halal, isu lambakan sijil dan logo halal oleh pihak lain yang mengelirukan pengguna akan dapat diatasi secara berkesan.

Sumber : Berita Harian

Tuesday, February 16, 2010

Bapa Perubatan Moden - Ibnu Sina

Ibnu Sina @ Avicenna

Abu ali Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hassan bin Ali bin Sina juga dikenali sebagai Ibnu Sina atau Avicenna (di Eropah).Beliau dilahirkan pada tahun 370H (980M) di sebuah kampung bernama afsyinah berhampiran Bukhara,Afghanisan.Sewaktu kecil,Ibnu Sina terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang pintar dan mempunyai ingatan yang kuat.Ketika umurnya mencecah 10 tahun,beliau telah berjaya menghafal Al-Quran keseluruhannya.

Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Ketika berumur 16 tahun,Ibnu Sina dikatakan telahpun mahir dalam ilmu perubatan dan mula menjadi masyhur selepas ramai pesakit dirawat olehnya.Lebih menakjubkan,beliau dikatakan mempelajari ilmu perubatan melalui pembacaan dan kajian sendiri tanpa bimbingan mana2 guru atau doktor.Ibnu Sina bukan sahaja masyhur di kalangan pesakit2,malah juga menjadi rujukan para doktor ternama ketika itu.Beliau telah digelar "doctor of doctors" di kalangan masyarakat barat.Tidak hairanlah mengapa Ibnu Sina juga digelar BAPA PERUBATAN MODEN.

Selain terlibat dalam bidang perubatan,beliau juga aktif di dalam bidang politik.Beliau pernah dilantik menjadi menteri oleh Amir wilayah Hamdan,Syamsud Daulah.Beliau juga melibatkan diri dalam urusan politik di wilayah Isfahan sebelum menghembuskan nafas terakhir di wilayah tersebut pada tahun 428H (1037M).


Al-Qanun Fit-Tib

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, Ibnu Sina mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian beliau melanjutkan menulis buku-buku dan risalah-risalah kecil yang lain.Di antara semua buku yang dihasilkan,Al-Qanun Fit-Tib adalah ensiklopedia perubatannya yang paling terkenal dan masih menjadi rujukan hingga kini.Kitab ini terkenal dengan penyusunannya yang elok dan kemas di samping mencakupi semua perkara berkaitan perubatan yang perlu diketahui oleh doktor.


Antara kitab beliau yang diterjemah ke bahasa german

Pada abad ke 12M,buku Al-Qanun Fittib telah diterjemahkan buat pertama kalinya ke bahasa Latin oleh Gerard of Cremona semasa beliau berada di Toledo.Buku ini kemudiannya menjadi rujukan utama di universiti-universiti di eropah hingga 1500M.Universiti pertama yang mengiktiraf kitab Al-Qanun Fittib sebagai rujukan rasmi dalam pengajian perubatan adalah Universiti Bologna pada kurun ke-13.Semenjak itu kitab ini mula mendapat tempat di universiti-universiti eropah yang lain sehingga kurun ke-15.

Didalam Kitab Al-Qanun Fit-Tib ini,Ibnu Sina telah menghuraikan segala penemuan-penemuan baru hasil pengkajian beliau sendiri.Ibnu Sina memuatkan berbagai teori merangkumi berbagai jenis penyakit yang dikenalpasti,simptom2, dan sebab2nya.Beliau juga menamakan berbagai jenis herba yang mujarab sebagai ramuan remedi disamping membincangkan berbagai kaedah perubatan seperti berbekam,pendarahan,pemuntahan,penuaman dan sebagainya.Ibnu Sina juga menerangkan proses perawatan bagi penyakit cirit-birit,bengkak,darah beku dan gejala penyumbatan.


Monday, February 8, 2010

Rawatan Akupunktur


Akupunktur adalah satu kaedah rawatan tradisional purba yang masih popular pada masa kini. Bagi negara barat khususnya telah menyedari kepentingan kaedah rawatan ini sebagai satu alternatif baru dalam dunia perubatan moden dan telah menyesuaikan dengan perkembangan semasa. Rawatan Akupunktur telah lama dipraktikkan sejak 5000 tahun dahulu dan merupakan tradisi ubatan China. Secara umumnya, Akupunktur merupakan kaedah mencucukkan jarum yang kecil di atas permukaan tubuh untuk mempengaruhi fungsi phisiologikal dan psikologikal seseorang pesakit.

Penemuan pertama Akupunktur dijumpai 4,700 tahun dahulu. Ia merupakan buku teks perubatan tertua di dunia yang pernah ditulis. Ia ditulis oleh Shen Nung yang merupakan Bapa Perubatan China. Antara teori yang dikemukakan adalah tentang peredaran darah, nadi dan jantung sejak 4,000 tahun dahulu sebelum zaman kemunculan perubatan Eropah. Asas kepada Akupunktur menurut Shen Nung adalah aliran tenaga yang mengalir dalam tubuh badan. Aliran tenaga ini dikenali sebagai Qi ( sebutan Chee). Kompenan Qi terdiri daripada segala keperluan aktiviti hidup yang mengandungi semangat, emosi, mentaliti dan aspek fizikal dalam kehidupan.

Dengan menggunakan jarum emas, perak atau platinum, ataupun dengan jarum besi tahan-karat (stainless steel ), seorang pakar Akupunktur mencucuk tempat-tempat tertentu untuk melegakan dan menyembuhkan penyakit. Ada lebih 360 titik diseluruh tubuh yang harus dicucuk untuk menyembuhkan berbagai-bagai penyakit. Setiap titik dinamakan mengikut nama organ di dalam tubuh seperti jantung, hati, paru-paru dan ginjal yang mempunyai kaitan dengan jenis penyakit, walaupun tempat-tempat (titik) yang dicucuk itu nampaknya seperti tiada kena mengena dengan organ tersebut.

Ahli -ahli Akupunktur banyak menggunakan jarum dalam rawatannya yang terdiri daripada sembilan jenis jarum. Biasanya hanya enam jenis yang digunakan pada hari ini. Jarum ini berbeza dari segi panjang, lebar, pipih dan ketajaman di bahagian kepala jarum. Ahli – ahli Akupuktur memasukkan jarum dengan cara yang berbeza – beza. Tusukkan jarum boleh dilakukan di mana - mana bahagian badan iaitu antara 15 hingga 90 darjah daripada permukaan kulit bergantung kepada jenis rawatan tersebut. Dalam kebanyakan kes, rasa kesensatifan dirasai oleh pesakit. Walaupun demikian, kesensitifan ini tidak begitu sakit. Keadaan ini dipanggil deqi (sebutannya dah-chee).





Di Amerika, kaedah rawatan Auriculotherapy atau Ear Acupuncture (bahagian telinga) sering kali juga digunakan. Ia berdasarkan teori bahawa bahagian telinga mempunyai banyak urat saraf dan bekalan darah yang berhubung terus kepada seluruh anggota badan. Disebabkan inilah, titik – titik Akupunktur banyak difokuskan di bahagian telinga. Kaedah rawatan Auriculottherapy ini telah berjaya merawat pesakit yang mengalami masalah kegemukan hinggalah kepada ketagihan arak dan penagihan dadah.

Faedah lain rawatan akupunktur :

  • Acupuncture Anaethesia - Menahan Kesakitan serta merta tanpa dadah

  • Merawat Urat Saraf

  • Memberi Kelegaan pada otot-otot

  • Membuang angin dalam badan

  • Mengimbangi tenaga dalam badan - balance 'qi'

  • Pada Persidangan World Health Organization - WHO on Acupuncture, Moxibustion Anesthesia yang berlangsung di Beijing, China pada June 1979 yang dihadiri oleh 12 buah wakil negara-negara Timur dan Barat telah mengambil keputusan bahawa dalam kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli akupunktur sedunia sebulat suara menerima keputusan bahawa akupunktur adalah baik untuk penyakit-penyakit :-

    Bahagian ENT : Acute Sinusitis, Acute Rhinitis, Common Cold, Tonsilitis.

    Bahagian Mata: Acute Conjunctivitis, Central Retinitis, Myopia, Cataract

    Bahagian Mulut : Toothache, gingivitis, acute & chronic pharyngitis

    Bahagian Pernafasan: Acute Bronchitis, Broncho Asthma [ Sangat efektif pada kanak-kanak]

    Bahagian Abdomen: Spasm, Hiccough, Acute & chronic Gastritis, Gastric hyperacidity, chronic doudenal ulcer, Acute / Chronic Colic, Constipation, Diarrhoea

    Bahagian Saraf: Trigeminal Neuralgia, Facial Paralysis [Bell Palsy], paralysis following stroke, bladder dyfunction, noctural Enuresis, Intercostal Neuralgia, cervical Syndrome, Frozen Shoulder / Tennis Syndrome, Scitica, Low Back Pain, Osteoarthritis.

    Itu adalah sebahagian penyakit-penyakit yang boleh digunakan kaedah akupunktur dan amat berkesan. Selamat mencuba.


    Rawatan Bekam Menggunakan Lintah



    Lintah yang juga spesis hidupan air sudah lama dikenali dan digunakan oleh orang Melayu sebagai ramuan perubatan terutamanya untuk meningkatkan daya seks lelaki.Lintah dalam famili Hirudinidae dan nama saintifiknya Hirudo medicinalis mempunyai enzim yang dapat menahan darah daripada terus membeku semasa gigitannya.Malah, kajian demi kajian perubatan moden membuktikan bahawa spesis yang sinonim dengan nama ‘drakula’ itu amat berguna untuk perjalanan darah beku bagi tujuan merangsang dan melancarkan pengaliran darah.

    Setiap kali rawatan, sebanyak empat atau lima ekor lintah digunakan bergantung kepada tahap penyakit seseorang. Lintah akan dilepaskan pada bahagian yang hendak dirawat. Ia seterusnya akan mencari-cari bahagian yang berdarah kotor dan apabila telah menjumpainya, lintah akan terus diam dan menyedut darah.

    Lintah tersebut akan mengeluarkan sejenis lendir yang berguna bagi mencairkan darah beku.

    Lintah tidak akan menggigit atau menyedut darah jika bahagian tersebut tidak berdarah kotor. Setiap rawatan mengambil masa selama satu jam dan lintah baru akan digunakan. Pesakit akan berasa seperti gigitan semut semasa lintah menjalankan ‘tugasnya’.





    Terapi bekam lintah dikatakan boleh mengurangkan stres, mengembalikan pola tidur yang normal, merawat penyakit-penyakit jantung, darah tinggi, arthritis dan sebagainya. Ia juga dikatakan boleh menyembuhkan kerosakan pembuluh darah pada tisu-tisu dan organ-organ badan, meningkatkan immuniti (daya tahan tubuh), mempercepatkan pengeluaran toxin dan menghalang strok (angin akhmar).Terapi lintah juga digunakan di dalam rawatan kecantikan kulit muka (kosmetik).




    Seorang artis Hollywood terkenal,Demi Moore,menggunakan rawatan lintah untuk memelihara kecantikan wajahnya..

    “I feel like I’ve always been someone looking for the cutting edge of things that optimize your health and healing… I was in Austria doing a cleanse and part of the treatment was leech therapy… These aren’t just swamp leeches though – we are talking about highly trained medical leeches. These are not some low level scavengers – we’re talking high level blood suckers… They have a little enzyme that when they are biting down in you it gets released in your blood and generally you bleed for quite a bit – and your health is optimized… It detoxifies your blood – I’m feeling very detoxified right now. I did it in some woman’s house laying on her bed. We did a little sampler first, which is in the belly button… It crawls in and you feel it bite down on you and you want to go, ‘You bastard.’ Then you relax and work on your Lemaze breathing just to kind of relax… You watch it swell up on your blood, watching it get fatter and fatter – then when its super drunk on your blood it just kind of rolls over like it is stumbling out of the bar.” - Demi Moore (at the night on The David Letterman Show)

    Kaedah Rawatan Bekam


    "Sebaik-baik pengobatan yang kalian lakukan adalah Al Hijamah (bekam)" HR. Ahmad

    Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w Ia merupakan istilah Melayu bererti perlepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan. Dalam bahasa Arab juga dikenali sebagai 'Al-Hijamah' bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menngunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

    Perawatan dengan kaedah Bekam ini memberi banyak faedah kepada manusia antaranya ialah:

    1. Sihat tubuh badan
    2. Menghilangkan keletihan dan penat badan
    3. Mengimbangi daya tahan badan
    4. Buang angin dalam kepala khususnya dalam merawat masalah sakit kepala
    5. Buang darah - buang toksik dlm darah.
    6. Sakit urat
    7. Menangani masalah lemah-lemah otot dan lain-lain.

    Bekam sangat disarankan untuk merawat Penyakit-Penyakit Berikut:-

    1)Darah tinggi,
    2)kencing masin,
    3)gaut,
    4)Sakit Kepala,
    5)Sakit Belakang,
    6)Sakit Urat,
    7)Sakit Bengkak-bengkak badan,
    8)Lenguh-lenguh badan,
    9)sakit sendi,
    10)kurang selera makan
    11)Kebas-kebas kaki dan tangan,
    12)Sakit Bahu,
    13)RESDUNG,
    14) Masalah angin dalam badan
    150Kembung
    16) Sebu


    Related Posts with Thumbnails